aku nak kawen camnih nanti...huyyoo


.

Semenjak dua menjak nih aku hepi je..ada buah haty katakana…bila dah ada nih aku pike nak kawen j…tapi ada beberapa perkara yang aku akan minta kat bakal isteri/keluarga sebelah perempuan kalau aku nak kahwin nanti..

1. Takde bersanding.
~sebab sanding nih amalan orang hindu..orang melayu adaptasi..kan Rasulullah dah kata  pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

2. Perempuan tak buleh tabarruj masa nikah.
~nak taw apa itu tabarruj??haa …Abu Malik Kamal As-Sayyid Salim berkata: “Tabarruj maknanya adalah seorang wanita menampakkan perhiasannya, keindahannya, dan sesuatu yang wajib ditutup dari segala hal yang mengundang syahwat kaum lelaki.” (Fiqhus Sunnah Lin-Nisa; Ensiklopedi Fiqih Wanita, jilid 2, ms. 138)

Nie dalil dia:Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk membai’atnya di dalam Islam, lalu baginda bersabda:

أُبَايِعُكِ عَلَى أَنْ لا تُشْرِكِي بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقِي وَلا تَزْنِي وَلا تَقْتُلِي وَلَدَكِ وَلا تَأْتِي بِبُهْتَانٍ تَفْتَرِينَهُ بَيْنَ يَدَيْكِ وَرِجْلَيْكِ وَلا تَنُوحِي وَلا تَبَرَّجِي تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: “Aku berbai’at kepada engkau agar tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak melakukan zina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan sebuah kebohongan besar yang engkau lakukan di hadapan kedua tangan dan kakimu, tidak melakukan niyahah (ratapan), dan tidak bertabarruj seperti tabarruj kaum jahiliyah pertama.” (HR. Ahmad; Sahih lighairih – dengan Sanad yang Hasan; Ta’liq Syu’aib Al-Arnauth, no: 6850)

*aku takmau bini aku jadik cam orang jahiliyyah

3. Kenduri simple and steady.(sebab aku baca satu hadith nih….nak kongsi ni dia..: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

*watper kawen mahal2..kang lepas kawen kantoi kena hutang la ap la..banyak duit kan nk guna lepas kawen..haha..simpel..ak nak bahagia selamanya bukan time kawen la

4. Mas kahwin? Hmm.. rasanya kalau aku mampu, aku nak bagi banyak-banyak sikit kat bakal isteri.. Tapi bukan hantaran, mas kahwin... ada beza tu..

(sebab dalam Hadith kate soh Carilah wanita yang mudah maharnya dan mudah urusan menikahinya.nih hadith dye..Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maskahwinnya, dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).”
[Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482]

* Kebahagiaan bukan dibeli dengan hantaran dan belanja pernikahan yang besar. Sebaliknya kebahagiaan adalah dengan kesungguhan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…pergh..kemas dop ayat aku..hahah

Abah aku memang aku dah cakap awal2 dah.. Dia pun ok ja.. Sebab dulu dia pun fikrah macam tu, hehe.. Masalahnya belah prempuan nih.. Mungkin orang akan kata pemikiran macam ni agak kolot, tapi ni la yang aku belajar tentang bab-bab perkahwinan.. so, kena la cuba amal nanti...

Haha..ok,ok.. kat atas tu mukaddimah yang ntah hape2 sebenaqnya...


Aku pun kadang-kadang risau gak. Ye la, masa-masa sekarang ni semangat la, tak nak sanding la, tak nak itu la, tak nak ini la... tapi satu hari, bila betul-betul berhadapan dengan keluarga belah perempuan yang berfikrah 'raja sehari', apa agaknya aku boleh buat? Kalau memang mak ayah dia sekepala, selesai masalah...

Apa aku tulis nih!!!... takde modal nak melalut, tiba-tiba terasa nak tulis benda tu selepas ternampak gambar sorang muslimah yang aku kenal, bertabarruj dalam facebook masa hari perkahwinan dia, tudung pun daripada labuh jadi pendek.. Sedangkan dulu dia tegas bab pakaian ni..tambah2 aku pulak ada buah haty..nak kawen.

Diriwayatkan dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ اْلأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ، وَالْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ

“Tiga golongan yang Allah akan menolong mereka: budak yang hendak menebus dirinya, seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya, dan seorang yang berjihad di jalan Allah.” (HR. An-Nasa`i, Kitabun Nikah, Bab Ma’unatullah An-Nakih Al- Ladzi Yuridul ‘Afaf, no. 3166)
*dipetik melalui kitab nikah (indahnya pernikahan islami) oleh Al-Ustadz Abu Abdillah Abdurrahman Mubarak
.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar.kepada keluarga belah perempuan harap paham…aku nak berbangga dengan apa yang islam ajar….kalau nak panggil aku kolot panggil la..ak x kisah…siapa lagi nak berbangga dengan Islam kalau bukan umat Islam sendiri kan..aku bangga kalau aku kawen ikut sunnah dan simple..kepada buah haty aku hope faham yer…

 Wallahu a’lam.

aSsAlamUaLaikuM....


.

Hati orang mukmin yang besar,jika Allah menghendaki nescaya dijadikannya lebih luas dari langit dan bumi,dan jika dikehendaiki dijadikannnya lebih sempit daripada lubang jarum,jika mahu anda boleh membuka hati anda untuk iman,kecintaan persahabatan dan keikhlasan dan anda boleh menutupnya dengan kebencian,kecaman,keluhan dan berpaling.

Kunci hati kamu ada pada diri kamu dan kamu diberi kepercayaan ke atasnya.Jika kamu termasuk orang yang melihat kebaikan ,memandang keindahan dan menyaksikan sudut-sudut kecemerlangan,maka kamu akan memiliki hati yang baik dan mulia.

Sebaliknya jika anda termasuk orang yang suka membesar-besarkan kesalahan,memandang separuh cawan yang kosong dan menyaksikan duri pada bunga maka tidak diragukan anda mempunyai haty yang buruk lagi sakit.

Salam sejahtera bagi orang yang memiliki haty yang suci,bersih dan jernih seperti jernihnya putih telur subur menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau,dermawan seperti hujan yang deras.

Sesungguhnya celaka bagi orang yang memiliki hati y berdosa gersang seperti gersang padang pasir,keras seperti kerasnya batu,yang tidak mempunyai bukit-bakau,lembah-lembah,hijauan dan air.

Berwaspadalah dari diseksa oleh hati anda sendiri dengan kedengkian dan kebencian.Bersihkanlah hati anda dari kedengkian dan kebencian,jadilah hamba muslim yang benar dalam perkataannya setiap hari kepada saudaranya “Assalamualaikum”.

untukmu ku bingkiskan


.

"Wahai orang yang menyia-nyiakan hak yang paling besar..
yang menjauhkan diri dari berbakti kepada orang tua, 
yang durhaka, 
yang melupakan salah satu kewajipan, 
yang lalai dari sesuatu yang ada di hadapan, 

Sesungguhnya, berbakti kepada kedua orang tua itu adalah hutang buatmu!

Sayang sekali kamu membayarnya dengan cara yang tidak baik, penuh noda aib. 

Kamu sendiri sibuk mencari syurga, padahal kamu sendiri menghilangkan pintunya. 

Ibumu yang telah mengandungmu selama sembilan bulan yang bagaikan sembilan kali 
berhaji. 

Dia yang dikala melahirkanmu menderita mempertaruhkan nyawa.

Dia yang telah menyusuimu, menahan mengantuk untukmu, memandikanmu dengan tangannya yang lembut dan selalu mendahulukanmu untuk urusan makanan. 

Dia yang pangkuannya menjadi tempat yang nyaman bagimu. 

Dia yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepadamu.

Jika kamu sakit atau nampak menderita, nescaya dia turut berduka, bersedih dan menangis tiada batasnya. Dia pasti mengeluarkan segalanya untuk mencari doktor buatmu.

Dia yang seandainya diminta untuk memilih kehidupanmu atau kematiannya, pastilah dia teriakkan kehidupanmu dengan suara yang paling lantang!

Betapa sering kamu mempergaulinya dengan akhlak yang tercela, namun dia tetap memohon taufiq bagimu dalam setiap doanya..?"


ujian...ujian.


.

Bismillah

"Mak tak tahu Along sedih. Mak tak tahu!"

Along mengulang-ulang ayat itu dan akhirnya.. dia menghempas kuat pintu keretanya. Lalu pergi..

Ibunya yang masih bertelekung putih, hanya berdiri di tepi pintu. Memandang kosong.

"Along.. sedih Mak, Along tahukah?

....................

Fikir-fikir kembali, saya sendiri tak tergamak untuk meninggikan suara kepada mak abah. Walaupun kadang-kadang ada pernah rasa tindakan mak abah tak wajar.. tak rasional.. kolot, tetapi untuk menengking mereka, memang sangat-sangat TAK PATUT!

Emak abah tak bagi kahwin, nak kahwinkan dengan orang yg kita tak suka, minta kita buat itu, buat ini, emak abah tak suka hobi kita, tak suka pilihan kita, tak suka kawan kita, kongkong itu.. kongkong ini. Marah itu, marah ini.. Sikit-sikit ada je yg tak betul, emak abah sahaja yang betul, kita selalu salah,.. bla bla bla.

Kita rasa marah, benci, sakit-hati, tertekan!
Ah!!!

Rasa nak lari dari rumah pun ada...

. . . . . . . . .

(Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah)

:)

Sabarlah..
Tenanglah..

Terlalu banyak dinukilkan ulama' perihal ini. Dan ketahuilah.. hal ini termasuk dalam Al-Kabair (Dosa-dosa besar).


Tidak takut kah?


Saya petikkan beberapa yang sebenarnya baru sahaja pertama kali saya membacanya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

"Mahukah kalian, aku khabarkan tentang dosa-dosa besar yang paling besar? Yaitu mempersekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua."

Umar bin Murrah al-Juhanniy meriwayatkan, seseorang menghadap Rasulullah dan bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu jika aku telah mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan berhaji ke Baitullah, apa yang dijanjikan untukku?" Rasulullah menjawab, " Barangsiapa menunaikan semuanya itu, nescaya ia akan bersama para nabi, para shiddiqin, para syuhada', dan para shalihin kecuali jika ia durhaka kepada orang tua." [Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

Seseorang menghadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam mengadu, " Wahai Rasulullah, bapaku ingin mengambil seluruh hartaku!" maka baginda shallallahu 'alaihi wassallam pun bersabda, " Kamu dan seluruh hartamu itu milik ayahmu." [Diriwayatkan Ibnu Majah, At-Thahawi, At-Tabrani]

Seseorang menemui Abu Darda' radhiallahu anh mengadu, "Wahai Abu Darda', aku telah menikahi seorang wanita tetapi ibuku menyuruhku menceraikannya." Mendengar hal itu, Abu Darda' menjawab, "Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda, "Orang tua itu pintu syurga yg paling tengah. Jika kamu mahu, kamu bisa menghilangkan pintu itu atau menjaganya."". [Diriwayatkan oleh Al-Humaidi, Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Ath-Thayalisi, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban]

Ka'ab al-Ahbar pernah ditanya tentang maksud durhaka kepada kedua ibu bapa. Dia menjawab:

 "Jika ayah atau ibunya bersumpah, dia tidak memenuhinya. Jika dia diperintah olehnya, dia tidak mentaatinya. Jika keduanya meminta sesuatu darinya, dia tidak memberinya. Dan jika keduanya mempercayainya, dia mengkhianati keduannya."

Memilih Calun Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w..


.


1.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)

2.Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

3.hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”
Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.” (Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

mam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Allah Tak Buka Lagi La Pintu Hati Aku. Nanti Aku Buat La.


.


Bismillahirrahmaa nirrahim..

Pernah tak kita dengar alasan-alasan orang macam kat tajuk post nih bila kita suruh dia buat benda baik? Contoh kalau kita kata kat dia:

Kita: "Kenapa kamu buat macam tu, kamu tau tak benda tu wajib?"
Dia: "Alaa... belum sampai seru, Allah tak buka lagi pintu hati aku nih. Kalau Allah dah buka hati, nanti aku buat  la. Lagipun, kalau tak ikhlas apa guna kan?.."

Sebenarnya akidah semacam tu adalah salah dan menyimpang daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam persoalan memahami takdir Allah. Allah SWT sebenarnya memberi kita pilihan. Tidak dinafikan, setiap perbuatan kita Allah SWT yang ciptakan, sebab perbuatan kita adalah makhluk. Akan tetapi, Allah SWT memberi pilihan kepada kita untuk memilih sesuatu.

Ikuti penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan Akidah Jabariyyah iaitu salah satu penyimpangan daripada manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam memahami persoalan takdir.

Nasihat Indah Kepada Muslim: Kepada Yang Gemar Bergurau


.



Suka buat lawak?? Tapi berbohong (macam aktiviti haram April fool)... Ini pesanan Nabi SAW:
Celaka bagi orang-orang yang berbicara (mengabarkan) sedangkan dia dusta (dalam pembicaraannya) supaya suatu kaum tertawa maka celakalah bagi dia, celakalah bagi dia”.
[Hadits Hasan, dikeluarkan oleh Hakim (I/46), Ahmad (V/3-5) dan At-Tirmidzi (2315)]
Habis tu, tak kan tak boleh bergurau?

Nabi SAW pun bergurau, cuma nabi tak berbohong. Indahnya akhlak nabi SAW...
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai, Rasulullah! Apakah engkau juga bersenda gurau bersama kami?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Betul, hanya saja aku selalu berkata benar.
(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang shahîh)
Cuba kita baca salah satu gurauan Nabi SAW yang kita cintai :)..
Dari Anas radliyallaahu ‘anhu diriwayatkan bahwa ada seorang laki-laki menemui Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, bawalah aku jalan-jalan”. Beliau berkata : “Kami akan membawamu berjalan-jalan menaiki anak unta”. Laki-laki itu pun menukas : “Apa yang bisa kuperbuat dengan anak unta?”. Beliau berkata : “Bukankah setiap unta adalah anak ibunya?”
(HR. Abu Dawud no. 4998 dan At-Tirmidzi no. 1991. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/228)
Tapi ada adab2 dalam bergurau (sila baca kat link abul-jauzaa kat bawah tuh), jangan memanjang je nak gelak.. Nanti jadi lain +_+ ... wallahu'alam.

_____________________________
Sumber info dan takhrij hadith:
http://almanhaj.or.id/cont​ent/2071/slash/0

p/s: 3 artikel atas tu lagi lengkap, yang aku tulis tuh, nota ringkas je..