aSsAlamUaLaikuM....


.

Hati orang mukmin yang besar,jika Allah menghendaki nescaya dijadikannya lebih luas dari langit dan bumi,dan jika dikehendaiki dijadikannnya lebih sempit daripada lubang jarum,jika mahu anda boleh membuka hati anda untuk iman,kecintaan persahabatan dan keikhlasan dan anda boleh menutupnya dengan kebencian,kecaman,keluhan dan berpaling.

Kunci hati kamu ada pada diri kamu dan kamu diberi kepercayaan ke atasnya.Jika kamu termasuk orang yang melihat kebaikan ,memandang keindahan dan menyaksikan sudut-sudut kecemerlangan,maka kamu akan memiliki hati yang baik dan mulia.

Sebaliknya jika anda termasuk orang yang suka membesar-besarkan kesalahan,memandang separuh cawan yang kosong dan menyaksikan duri pada bunga maka tidak diragukan anda mempunyai haty yang buruk lagi sakit.

Salam sejahtera bagi orang yang memiliki haty yang suci,bersih dan jernih seperti jernihnya putih telur subur menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau,dermawan seperti hujan yang deras.

Sesungguhnya celaka bagi orang yang memiliki hati y berdosa gersang seperti gersang padang pasir,keras seperti kerasnya batu,yang tidak mempunyai bukit-bakau,lembah-lembah,hijauan dan air.

Berwaspadalah dari diseksa oleh hati anda sendiri dengan kedengkian dan kebencian.Bersihkanlah hati anda dari kedengkian dan kebencian,jadilah hamba muslim yang benar dalam perkataannya setiap hari kepada saudaranya “Assalamualaikum”.

Your Reply