aku nak kawen camnih nanti...huyyoo


.

Semenjak dua menjak nih aku hepi je..ada buah haty katakana…bila dah ada nih aku pike nak kawen j…tapi ada beberapa perkara yang aku akan minta kat bakal isteri/keluarga sebelah perempuan kalau aku nak kahwin nanti..

1. Takde bersanding.
~sebab sanding nih amalan orang hindu..orang melayu adaptasi..kan Rasulullah dah kata  pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

2. Perempuan tak buleh tabarruj masa nikah.
~nak taw apa itu tabarruj??haa …Abu Malik Kamal As-Sayyid Salim berkata: “Tabarruj maknanya adalah seorang wanita menampakkan perhiasannya, keindahannya, dan sesuatu yang wajib ditutup dari segala hal yang mengundang syahwat kaum lelaki.” (Fiqhus Sunnah Lin-Nisa; Ensiklopedi Fiqih Wanita, jilid 2, ms. 138)

Nie dalil dia:Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk membai’atnya di dalam Islam, lalu baginda bersabda:

أُبَايِعُكِ عَلَى أَنْ لا تُشْرِكِي بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقِي وَلا تَزْنِي وَلا تَقْتُلِي وَلَدَكِ وَلا تَأْتِي بِبُهْتَانٍ تَفْتَرِينَهُ بَيْنَ يَدَيْكِ وَرِجْلَيْكِ وَلا تَنُوحِي وَلا تَبَرَّجِي تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: “Aku berbai’at kepada engkau agar tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak melakukan zina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan sebuah kebohongan besar yang engkau lakukan di hadapan kedua tangan dan kakimu, tidak melakukan niyahah (ratapan), dan tidak bertabarruj seperti tabarruj kaum jahiliyah pertama.” (HR. Ahmad; Sahih lighairih – dengan Sanad yang Hasan; Ta’liq Syu’aib Al-Arnauth, no: 6850)

*aku takmau bini aku jadik cam orang jahiliyyah

3. Kenduri simple and steady.(sebab aku baca satu hadith nih….nak kongsi ni dia..: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

*watper kawen mahal2..kang lepas kawen kantoi kena hutang la ap la..banyak duit kan nk guna lepas kawen..haha..simpel..ak nak bahagia selamanya bukan time kawen la

4. Mas kahwin? Hmm.. rasanya kalau aku mampu, aku nak bagi banyak-banyak sikit kat bakal isteri.. Tapi bukan hantaran, mas kahwin... ada beza tu..

(sebab dalam Hadith kate soh Carilah wanita yang mudah maharnya dan mudah urusan menikahinya.nih hadith dye..Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maskahwinnya, dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).”
[Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482]

* Kebahagiaan bukan dibeli dengan hantaran dan belanja pernikahan yang besar. Sebaliknya kebahagiaan adalah dengan kesungguhan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…pergh..kemas dop ayat aku..hahah

Abah aku memang aku dah cakap awal2 dah.. Dia pun ok ja.. Sebab dulu dia pun fikrah macam tu, hehe.. Masalahnya belah prempuan nih.. Mungkin orang akan kata pemikiran macam ni agak kolot, tapi ni la yang aku belajar tentang bab-bab perkahwinan.. so, kena la cuba amal nanti...

Haha..ok,ok.. kat atas tu mukaddimah yang ntah hape2 sebenaqnya...


Aku pun kadang-kadang risau gak. Ye la, masa-masa sekarang ni semangat la, tak nak sanding la, tak nak itu la, tak nak ini la... tapi satu hari, bila betul-betul berhadapan dengan keluarga belah perempuan yang berfikrah 'raja sehari', apa agaknya aku boleh buat? Kalau memang mak ayah dia sekepala, selesai masalah...

Apa aku tulis nih!!!... takde modal nak melalut, tiba-tiba terasa nak tulis benda tu selepas ternampak gambar sorang muslimah yang aku kenal, bertabarruj dalam facebook masa hari perkahwinan dia, tudung pun daripada labuh jadi pendek.. Sedangkan dulu dia tegas bab pakaian ni..tambah2 aku pulak ada buah haty..nak kawen.

Diriwayatkan dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ اْلأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ، وَالْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ

“Tiga golongan yang Allah akan menolong mereka: budak yang hendak menebus dirinya, seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya, dan seorang yang berjihad di jalan Allah.” (HR. An-Nasa`i, Kitabun Nikah, Bab Ma’unatullah An-Nakih Al- Ladzi Yuridul ‘Afaf, no. 3166)
*dipetik melalui kitab nikah (indahnya pernikahan islami) oleh Al-Ustadz Abu Abdillah Abdurrahman Mubarak
.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar.kepada keluarga belah perempuan harap paham…aku nak berbangga dengan apa yang islam ajar….kalau nak panggil aku kolot panggil la..ak x kisah…siapa lagi nak berbangga dengan Islam kalau bukan umat Islam sendiri kan..aku bangga kalau aku kawen ikut sunnah dan simple..kepada buah haty aku hope faham yer…

 Wallahu a’lam.

One Response to “aku nak kawen camnih nanti...huyyoo”

  1. This comment has been removed by the author.

Your Reply