ujian...ujian.


.

Bismillah

"Mak tak tahu Along sedih. Mak tak tahu!"

Along mengulang-ulang ayat itu dan akhirnya.. dia menghempas kuat pintu keretanya. Lalu pergi..

Ibunya yang masih bertelekung putih, hanya berdiri di tepi pintu. Memandang kosong.

"Along.. sedih Mak, Along tahukah?

....................

Fikir-fikir kembali, saya sendiri tak tergamak untuk meninggikan suara kepada mak abah. Walaupun kadang-kadang ada pernah rasa tindakan mak abah tak wajar.. tak rasional.. kolot, tetapi untuk menengking mereka, memang sangat-sangat TAK PATUT!

Emak abah tak bagi kahwin, nak kahwinkan dengan orang yg kita tak suka, minta kita buat itu, buat ini, emak abah tak suka hobi kita, tak suka pilihan kita, tak suka kawan kita, kongkong itu.. kongkong ini. Marah itu, marah ini.. Sikit-sikit ada je yg tak betul, emak abah sahaja yang betul, kita selalu salah,.. bla bla bla.

Kita rasa marah, benci, sakit-hati, tertekan!
Ah!!!

Rasa nak lari dari rumah pun ada...

. . . . . . . . .

(Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah)

:)

Sabarlah..
Tenanglah..

Terlalu banyak dinukilkan ulama' perihal ini. Dan ketahuilah.. hal ini termasuk dalam Al-Kabair (Dosa-dosa besar).


Tidak takut kah?


Saya petikkan beberapa yang sebenarnya baru sahaja pertama kali saya membacanya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

"Mahukah kalian, aku khabarkan tentang dosa-dosa besar yang paling besar? Yaitu mempersekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua."

Umar bin Murrah al-Juhanniy meriwayatkan, seseorang menghadap Rasulullah dan bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu jika aku telah mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan berhaji ke Baitullah, apa yang dijanjikan untukku?" Rasulullah menjawab, " Barangsiapa menunaikan semuanya itu, nescaya ia akan bersama para nabi, para shiddiqin, para syuhada', dan para shalihin kecuali jika ia durhaka kepada orang tua." [Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

Seseorang menghadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam mengadu, " Wahai Rasulullah, bapaku ingin mengambil seluruh hartaku!" maka baginda shallallahu 'alaihi wassallam pun bersabda, " Kamu dan seluruh hartamu itu milik ayahmu." [Diriwayatkan Ibnu Majah, At-Thahawi, At-Tabrani]

Seseorang menemui Abu Darda' radhiallahu anh mengadu, "Wahai Abu Darda', aku telah menikahi seorang wanita tetapi ibuku menyuruhku menceraikannya." Mendengar hal itu, Abu Darda' menjawab, "Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda, "Orang tua itu pintu syurga yg paling tengah. Jika kamu mahu, kamu bisa menghilangkan pintu itu atau menjaganya."". [Diriwayatkan oleh Al-Humaidi, Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Ath-Thayalisi, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban]

Ka'ab al-Ahbar pernah ditanya tentang maksud durhaka kepada kedua ibu bapa. Dia menjawab:

 "Jika ayah atau ibunya bersumpah, dia tidak memenuhinya. Jika dia diperintah olehnya, dia tidak mentaatinya. Jika keduanya meminta sesuatu darinya, dia tidak memberinya. Dan jika keduanya mempercayainya, dia mengkhianati keduannya."

Your Reply