Allah Tak Buka Lagi La Pintu Hati Aku. Nanti Aku Buat La.


.


Bismillahirrahmaa nirrahim..

Pernah tak kita dengar alasan-alasan orang macam kat tajuk post nih bila kita suruh dia buat benda baik? Contoh kalau kita kata kat dia:

Kita: "Kenapa kamu buat macam tu, kamu tau tak benda tu wajib?"
Dia: "Alaa... belum sampai seru, Allah tak buka lagi pintu hati aku nih. Kalau Allah dah buka hati, nanti aku buat  la. Lagipun, kalau tak ikhlas apa guna kan?.."

Sebenarnya akidah semacam tu adalah salah dan menyimpang daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam persoalan memahami takdir Allah. Allah SWT sebenarnya memberi kita pilihan. Tidak dinafikan, setiap perbuatan kita Allah SWT yang ciptakan, sebab perbuatan kita adalah makhluk. Akan tetapi, Allah SWT memberi pilihan kepada kita untuk memilih sesuatu.

Ikuti penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan Akidah Jabariyyah iaitu salah satu penyimpangan daripada manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam memahami persoalan takdir.

Your Reply