tAuBAt sEorAng haMbA


.

Taubat dr dosa ada yg melibatkn dosa antara hamba & makhluk,ada juga dosa yg melibatkan hamba dgn manusia yg lain,maka yg melibatkn dgn hak manusia sprti harta & maruah dll maka hndaklah dia memohon maaf kpd manusia trbabit jika melibatkan harta maka ianya wajib mengembalikan hak org trbabit maka barulah taubatnya shahih.

jika taubatnya drpd dosanya sprti menymbunyikn ilmu,atau menyelewengkan ilmu spt pelaku bid`ah yg ingin brtaubat dr kesalahannya maka dia wajib bgitau kesalahannya itu dan memperbaiki,firman Allah Ta`ala:

“Sesungguhnya org2 yg menyembunyikan apa yg telah kami turunkan berupa keterangan2 & petunjuk selepas Kami telah jelaskannya kpd manusia di dlm al-kitab mereka itu dilaknat oleh Allah & org yg melknat”.

Dan ayat berikutnya Allah menjelaskan tatacara taubat mereka iaitulah:

“Kecuali mereka yg bertaubat dan memperbaiki kesalahan mereka,serta menjelaskan(apa yg mereka smbunyi & selewengkn) maka mereka itu Aku teruma taubat mereka dan Aku adlah Maha penerima taubat & Maha Penyayang.” [ Al-Baqarah: 159-160]

Jadi kalau taubatnya hanya melibatkan dosanya antara Allah & tidak melibatkn org lain dikalangan manusia maka wajib dia menyembunyikan dosanya & xmenceritakan dosanya itu kpd org lain berdasarkan hadith dr Abu Hurairah r.a sabda Nabi s.a.w:

“semua ummatku dimaafkan kesalahan mereka kecuali org2 yg jelas2 mdceritakn,mempamerkan@menzahirkan( dosanya), & sesunggunya yg mnceritakan dosanya adalah mereka yg melakukan suatu dosa pd malam hari, kemudian pada paginya Allah telah menutup `aib(dosanya)dr org lain,lalu dia berkata: wahai fulan, aku telah melakukan suatu dosa begini & begini semalam,sungguh Tuhannya sebenarnya telah menutup dosanya itu, kemudia dia membuka kmbali tutupan Allah trhadp dosanya itu.” [ HR Bukhari.]

Wallahu`alam

Your Reply