wAhai SauDari


.


Kepada anda wahai saudariku remaja puteri muslimah yang mulia. Tutuplah auratmu dengan mengenakan jilbab kemuliaan dan kehormatanmu. Jangan biarkan mata yang penuh khianat dengan bebas memandang dan menikmati kecantikan tubuhmu, atau tangan-tangan jahil menodai diri dan kehormatanmu. Ketahuilah bahawa kewajipan berpakaian yang menutup aurat itu bukan hanya ketika solat dan pengajian di masjid namun setiap kali seorang muslimah dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram atau bukan pula suaminya.

Jangan biarkan tubuhmu seperti bunga-bunga mekar, yang siapa pun bebas melihatnya, mencium semerbak harumnya. Setelah itu memetik dan menikmatinya. Sesaat kemudian bunga itupun layu dan akhirnya dicampakkan.

Akan tetapi jadilah seperti emas, intan dan mutiara yang terlindungi dan terjaga rapi dalam kotak-kotak perhiasan. Sehingga hanya yang berhak sahaja yang akan menikmatinya. Ya, anda memang akan menjadi sebaik-baik dan seindah-indah perhiasan dunia ini, jika tampil sebagai wanita solehah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik–baik perhiasannya adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim).                                                                                                                       Wallahu'alam 

LiHAt bAtasAn mUslimAh..

One Response to “wAhai SauDari”

  1. nice messages...syukran..

Your Reply