aDUhaI diRi Ku.....


.

 Tazkirah Buat Diri Yang Lupa..


  
Berbaring sambil mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran dari MP3ku memang merupakan pengubat kepada hatiku,alunan Syeikh Misyari al-Afaasi,Sudaisi dan Shuraim memang menjadi kegemaranku sejak dari tingkatan empat lagi.Namun bukan alunan syeikh Misyari yang menyentuh hatiku,bukan alunan Sudaisi atau Shuraim yang menggetarkan hatiku tapi maksud dan lafaz al-Quran itu betul-betul menyentuh perasaanku..
  
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَاباً مُّتَشَابِهاً مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَن يُضْلِلْ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ 

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun. (Az-Zumar:23)


Ya,beginilah apabila mendengar kalam yang Maha Agung,Kalam Yang Maha Penyayang dan luas kasih dan sayangnya.Apabila dada menjadi sempit maka al-Quranlah yang melapangkannya,apabila hati menjadi takut maka al-Quranlah yang menenangkannya,apabila hati sedih maka al-Quranlah yang menggembirakan dan apabila hati rindu al-Quranlah yang menjadi pengubat rindu.

Benarlah sabda Nabi s.a.w:

أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى

Ertinya: Kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku dan penawar rasa sedih dan gundahku.

 Bila terbayang dalam kotak fikiranku wajah ayah dan ibuku,adik,abang,kakak dan sahabat-sahabatku maka aku teringat akan firman Allah:

 فَإِذَا جَاءتِ الصَّاخَّةُ 

Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua),
  
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ


pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,

 وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ

dari ibu dan bapaknya,

وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

dari istri dan anak-anaknya.

 Subhanallah!! ,Jika hari ni kita sibuk dengan urusan puak masing-masing parti masing-masing,bangsa masing-masing,keluarga masing-masing,kepentingan masing-masing tetapi Allah menggambarkan keadaan di sana nanti:
  
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ 

Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya(berkenaan amal perbuatan masing-masing di dunia dahulu)

Jika hari ni kita asyik melihat dan mengkritik amalan orang lain,kerja orang lain,solat orang lain,zikir orang lain,pendekatan dakwah masing-masing maka esok mungkin kita akan menyesal kerana kita tidak melihat dahulu amalan kita.Adakah ianya akan diterima oleh Allah? Dan jelas sepertimana yang dikatakan oleh Fudhail Ibn `Iyyadh: Amalan yang diterima oleh Allah ialah yang benar dan ikhlas kerana Allah,yang benar ialah apa yang menepati sunnah dan ikhlas itu engkau lakukan hanya kerana Allah.

Dada yang sempit

كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلاَ يَكُن فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ 

Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.(al-A`raf:2)

[فَلاَ يَكُن فِى صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ]

وقيل لا تتحرج به في إبلاغه والإنذار به

(so let not your breast be narrow therefrom,) meaning, having doubt about it according to Mujahid, Qatadah and As-Suddi. It was also said that the meaning here is: `do not hesitate to convey the Qur'an and warn with it,'(Tafsir Ibn Katheer)

Aku teringat ketika pernah mendengar kuliah tafsir seorang tokoh yang hebat katanya:" Nabi merasa sempit bukan kerana kekurangan wang,bukan kerana kesusahan hidup baginda,bukan kerana susah mengembala kambing,bukan susah kerana Nabi tiada ibu dan ayah,tapi Nabi s.a.w merasa sempit apabila peringatan dan pengajaran daripada al-Quran atau kebanaran ditolak oleh kaumnya sendiri!!" Maka Allah menurunkan al-Quran sebagai penghibur yang menenangkan hati Nabi s.a.w..Benarlah apa yang Nabi sabdakan:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَثُرَ هَمُّهُ فَلْيَقُلْ: " اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى " – مَا قَالَهَا عَبْدٌ قَطْ إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ غَمَّـهَ وَ أَبْدَلَـهُ بِـهِ فَرْحًـا .

(صَحِيْحٌرَوَاهُ أَحْمَدُ وَابْنُ حِبَّانٍ

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

Your Reply